bismillahirahmanirahim

bismillahirahmanirahim

Selasa, 27 Julai 2010

duhai sahabatku....

duhai sahabat..
cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah..
rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu..
ada yang baik dan ada yang buruk.
terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ilmu pengetahuan
tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah wahai kawan ku..
dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

dan ketahuilah duhai sahabatku...
tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosakan dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu,
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
suatu hari,bayu lembut menyapa yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

kau gembira mendengarkannya...
maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
apa yang akan kau lakukan?????
menerimanya sedangkan rumahmu bersepah tak terurus???
dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak di ganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
dan hiasan kelengkapan ilmu yang masih belum mencukupi???
sekalipun hatimu berat..


pintalah sang CINTA itu pulang....
beritahulah kepadanya....
maafkan aku...
aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku....
kerana...
aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
agar TAKWA ku mengingati aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku.... yang maha pengasih...

dan kau endiri selesa beristirehat di dalam hatiku..
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
agar hilang lah gelisahmu,
redup hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang warna-warna IMAN yang berseri...
terang dan menerangi...
kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
agar kau selesa baring atas hamparan permadaini HARTA ku...
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku....

kau tahu wahai CINTA???
kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA...

duhai sahabat...sungguh cinta itu indah,
namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah dan bersedia....
tetapi bagi pelajar macam kita???
cinta itu biasanya musibah...

cintailah ALLAH...
yang sentiasa mencintaimu,
memelihara dan mengasihimu,
saat mereka bertanya...
mengapa kau mencintai ALLAH?

katakan wahai temanku...
kerana ALLAH lah yang menciptaku,
memeliharaku dalam rahimbondaku,
kerana aku mendengar namanya saat bapaku berseru di telinga...
kerana DIA yang menumbuhkan dagingku...
dan mengukuhkan tulangku..
dan sentiasa memanfaatkan segala salah-silapku...
tutur bicara mulutku...

bagaimanalah aku mampu untukmencintai sesuatu atau sesiapa melebihi ALLAH...
aku tak menemui alasan untuk mengingkariNYA...
hidup dan matiku...
segalanya untukNYA...


p/s: msg ini saya copy pada seorang sahabat saya....
sama-samala kita menghayatinya...=)


dari
insan ALLAH
-nur_asrar-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan